Tuesday, May 26, 2009

bercadang utk menanam ini...

Adenium Obesum - kemboja cina
Pseuderanthemum Reticulatum - renek, berdaun hijau pucuk pisang, berbunga putih/purple
Yesterday, today & tomorrow - bunga wangi putih&ungu
Kaduk Gajah - belang-belang
Bunga butang - ungu
Pisang - pink
Pisang - gangsa
Pandanus
Kemboja - pink, merah, putih, kuning
Keladi gajah
Rangoon creeper - kesidang merah

PAKIS


WATER FEATURES




























LAMAN INGGERIS SENTUHAN TROPIKA


Gabungan pohon-pohon bunga berwarna spt canna (bunga tasbih - oren, pink), heliconia rostrata, bougenvilla & bunga morning glory
Pohon berbunga harum - kemuning cina, lily-pink & putih, kesidang & yesterday-today-tomorrow.
Pohon palma - fox tail, pinang raja
Pohon pagaran - kelat paya
Pohon tutup bumi - pandanus, bird nest.
Pohon lain - mengkudu siam,licuala grandis

DENAI


Ambil masa 2 hari utk berkebun di denai . Disebabkan teratak tiada pagar, denai ini menjadi laluan awam.

Utk pastikan privacy tuanrumah terjamin, pohon2 renek sengaja ditanam di kiri-kanan denai utk pastikan org awam yg lalu lalang berjalan berhati2 tanpa membuat bising dan rosakkan pokok sediada.

Denai yg redup ini disulami kombinasi tumbuhan kesidang,lily yg berbunga harum, kantan dan fiji fan yg bertindak sebagai tanaman pagar sekaligus sebagai perangkap bunyi, asap dan habuk dari rumah jiran.

Kesemua pokok-pokok di sini adalah maintenanceless tapi perlu siraman air yg banyak utk replicate suasana hutan yg redup dan lembab.

FIJI FAN


Spesis palma, rimbun dan sesuai sebagai tanaman pagar. Sesuai utk tanaman perangkap bunyi, asap dan habuk.

ALPINIA PURPURATA






Halia Bara, spesis halia(Zingiberaceae). Berbunga merah menyala dan bunga boleh tahan selama 4 bulan. Tanaman eksotik tropika

Perlu tanah yang lembab. Perlu ½ shade utk hasilkan daun yang hijau. Utk mendapatkan ketinggian yg maksimum perlu cantas dahan berbunga layu, dahan kuning, gembur tanah dan guna baja organik.

Pembiakan secara rizom/anak. Bunga yg matang juga akan keluarkan anak pokok di tangkai

CALATHEA


Pokok berdaun besar mengujudkan suasana hijau yang nyaman, mewah dan eksklusif walaupun ditanam di rumah setinggan!! Tetapi perlu ditanam secara cluster utk hasilkan impak maksimum.

Ciri tropika terserlah dgn penanaman pokok ini. Amat sesuai sebagai tanaman pagar.
Subur jika tanam dibawah canopy, perlu tanah lembab. Siriman yg banyak serta aliran yg baik.

Pembiakan secara rizom/sulur anak.

PINANG RAJA


Pinang batang merah/orange. Pembiakan secara anak, tetapi agak sensitif bila dialihkan.


Perlu masa bertahun-tahun utk hasilkan rumpunan yg besar,rimbun dan berbatang merah bernyala. Jadi beli saja yg pokok ini dalam size besar utk dapatkan kesan taman ready made.

Perlu limpahan cahaya 100%. Tanpa diganggu canopy.

FOX TAIL PALM


Spesis palma, berasal dari Australia.
Perhatikan daun pelepahnya yg kembang macam ekor musang berjanggut. Cina nursery menyesal jual murah utk 3 pokok…..hehehe

Fox Tail dapat beri kontur pada lanskap agar lebih berkarakter.

DATE PALM


Pokok daun berduri. Perlu tanah lembab dan perlu 100% cahaya. Perdu pokok diletak sabut kelapa utk kekalkan kelembapan tanah.

Jika tanam di tanah, tumbesaran pokok amat cepat. Amat sesuai ditanam di halaman rumah yang luas dan di kawasan lapang secara cluster ( kelompok 3 pokok).

BIRD NEST




Pokok tumpang yg banyak terdapat di hutan tropika.


Perlu 100% shade utk dapatkan daun yg lebar,hijau dan berkilat. Tanam diperdu pokok serta tanah yg lembab hasil pokok yg sihat dan berkualiti.


Perlu siraman yg banyak agar akar span dapat menyerap banyak air. Perlu cantas daun yg mati dan kuning utk galakan tunas/pucuk baru.
Pembiakan secara spora.

COSTUS CURVIBRACTEATUS





Keluarga halia (Zingiberaceae). Kudup berbunga merah hati pada hujung pucuk setiap batangnya.

Perlu shade 100% dan perlu tanah lembab. Amat sesuai ditanam diperdu pokok sebagai tutup bumi dan perlu siraman yg banyak.

Pembiakan secara batang.

ANTHURIUM

















Himpunan koleski anthurium merah, pink dan putih.
Pokok perlu 100% shade utk hasilkan daun yg hijau serta bunga yg berkilat.
Membiak secara anak.
Amat sesuai sebagai tanaman tutup bumi.

POKOK KELAT PAYA



Pokok jenis berdahan dan rimbun serta mengeluarkan pucuk merah yg menarik selepas ditrim selepas 2-3 bulan. Amat sesuai sebagai tanaman pagar serta sebagai pelindung cahaya matahari yang terik.

Boleh mencapai ketinggian 20 kaki. Tapi banyak daun gugur. Jadi jangan biarkan terlalu tinggi utk kurangkan daun.

Pokok ini boleh ditrim mengikut bentuk yang disukai, bersegi, bulat, kon dsb.

KESIDANG







Bunga harum seperti pandan. Pokok memanjat dan keluarkan bunga putih secara gugusan.
Perlu cahaya 100% tetapi tanah perlu lembab. Jika tanah agak kering, daun akan layu dan kekuningan.


Tidak sesuai dgn baja kimia, daun akan mati. Perlu baja organik
Pembiakan secara tut/lentur.

Amat sesuai ditanam di beranda, utk hasilkan suasana nyaman dan harum ketika bersantai bersama keluarga dan tetamu.

HELICONIA

HELICONIA ROSTRATA

Bunga sepit udang. Spesis heliconia terjuntai ( pendent) . Pokok ini amat berciri tropika dan eksotik.

Subur jika ½ shade. Warna bunga yg merah serta kuning bertahan lama sehinga 4 bulan. Perlu tanah lembab.

Utk galakkan pertumuhan anak, dahan yg telah berbunga kuning & kering serta dahan yg mati perlu dicantas hingga pangkal. Ini utk memastikan bekalan makanan tidak dibazirkan pada dahan yg mati serta bunga layu tadi.
Pembiakan secara rizom/sulur akar.

Rujukan:
Heliconias are one of the main families of tropical flowers we grow. These durable exotic flowers are known throughout the world for their beauty and rightly so. If taken care of properly certain cut heliconia flowers can stay beautiful and look fresh for up to a month! Originally the heliconia family comes from the American Tropics. Over 89 species are recognized, all of which are placed in the single family of Heliconia. There are more than 350 varieties of heliconia all in all, of which about 98 percent are native to tropical America. Heliconia plant sizes vary between 1 1/2-foot dwarfs to 30-foot tree-sized giants. Things grow quickly here in Hawaii and if left unattended jungle patches of Heliconia can grow dense and unpenetrable. Most noticable are the flower's bright colors which come in a wide range of hues and combinations from reds, oranges, and whites to greens, yellows and pinks.


Heliconia come in two main orientations, erect and pendent. The differnece is easily seen by looking at the bracts, the petal-like "spikes" on the side of the flowers, and which way they are pointed. Erect heliconias stand straight with bracts pointing up. Pendent heliconia hang down with bracts pointed toward the ground. When heliconias were first discovered, they were first classified as part of the banana family because of the similarities in leaves and growing patterns. But as the growers became more familar with the plant they noticed that heliconias did not produce banana type fruit and a new family was formed for them. Mostly heliconia are grown for their beautiful flowers and used in landscaping, but there are other exotic uses for them as well. If you ever find yourself stranded on a desert island try using the leaves for roof thatching or as a food wrapper like some people do in the Caribbean and Mexico. Or if you get the recipe right as do some natives In Brazil, certian roots and seeds have been known for their medicinal healing properties.

The name "heliconia" actually comes from Greek mytholody after the great Mount Helicon. This was the abode of the of the 9 inspirational goddess muses of the arts and sciences. Its hard to think of any other flower that looks more exotic or tropical than the heliconia, with it's colorful bracts and vibrant appearance it is truely an unique flower

KANTAN




Kantan merupakan keluarga halia (Zingiberaceae) yg boleh dimakan dan dijadikan pokok hiasan. Utk pastikan rizom/sulur tumbuh terkawal, perlu di tanam dalam kepungan/tembok. Rizom menjalar dalam tanah.
Perlu panas & pendedahan cahaya 100%, tetapi tanah yg lembab. Peringkat mula tanaman, perlu siram kerap utk percepatkan pertumbuhan sulur.
Utk dapatkan bunga kantan yg banyak,pokok ini perlu ditanam tanpa canopy. Bunga akan muncul selepas 6 bulan. Utk galakan bunga keluar, cantas mana2 dahan yg tua sehingga pangkal. Bunga akan keluar sepanjang tahun. Pembiakan secara sulur anak.
Rujukan:

The ginger family (Zingiberaceae) is made up of a large group of tropical herbs. Most gingers are native to the fields and rain forests of Indo-Malaysia. The family, ever changing, consists of about 45 genra and around 700 species. The edible gingers have forever been items of commerce. Some are grown for their roots and sold in Hawaiian markets. Others such as cardamom have been used as flavoring though out the world and in India for millennia. Turmeric is another which is used in curry powder and as a yellow dye. Trade of ginger was developed first in Indonesian and along the coasts of the Indian Ocean. Later, other cultures discovered them. Gourmets in the Mediterranean area became well acquainted with them. Even the early Greek and Roman writings have recorded the use of ginger as a spice. Today our international cuisine has a constant demand on this wonderful spice.
Although more popularly known as a spice the flower of gingers are one of the more widely used tropical plants. Their bright red flowers can be seen during festival times in the South Pacific as colorful dresses. Bracts are also made into stunning leis (garlands) such as in Samoa where the red ginger lei is worn by royalty in important ceremonies. Shell gingers are also quite attractive and are well used in flower arrangements. Many gingers have medicinal uses from helping asthma to relieving stomach aches. Others gingers are used as perfumes and some are thought to have a supernatural values in casing away evil spirits. Also the Hawaiians used the foamy flower heads of the variegated wild ginger for shampooing hair and quenching thirst.


The family name Zingiberaceae comes from the Greek word ziniberi which probably evolved from an ancient Indian name for ginger. In Malaysia you may hear it known as inchiver, which comes from inchi meaning root, another word stemming from the same Indian word the Greeks borrowed. 'Awapuhi is the Hawaiian term for all the gingers. Individual plant names are also quite interesting such as the yellows ginger's Sanskrit name gandasuli or fragrance of the princess. Or the torch ginger's Hawaiian name 'Awapuhi-ko'oko'o which means walking-stick ginger.

Monday, May 25, 2009

WALKING YELLOW IRIS











Berdaun seperti lalang tetapi berbunga spt anggerik kuning.
Hidup dgn subur berdaun hijau jika ½ shade, perlu tanah lembab. Pembiakan secara anak dari sulur tangkai bunga.

Setiap tangkai terdapat beberapa bunga Iris. Pada setiap tangkai bunga Iris terdapat beberapa sulur anak dan akan menjadi matang bila bunga mula gugur.
Bunga Iris akan berulang mekar pada pagi dan kuncup pada petang hingga tempoh tertentu dan gugur.

PINK LILY

Bunga seperti loceng bertangkai warna pink.
Subur jika ½ shade, tetapi utk berbunga perlu cahaya 100%.

KELADI SULUR


Pucuk muda yg kuning amat contrast dgn daun tua yg hijau, serta batang warna merah, kombinasi warna yg menyegarkan. Pokok jenis melilit jika tidak dicantas. Amat sesuai sebagai tutup bumi.

Perlu 100% shade utk dapat daun yg segar dan berkilat.


WHITE LILY

Bunga putih harumkan halaman. Perlu ½ shade utk dapat daun hijau.

Bunga jangka hayat yg pendek, beberapa hari akan habis berkembang. Perlu cantas utk galakkan pertumbuhan bunga baru.
Daun yg kuning perlu dibuang, utk hasilkan rumpunan/cluster daun hijau yg menarik. Bunga berbau harum pada suhu sejuk/senja/malam jadi sesuai tanam di tepi beranda dan di tingkap bilik, haruman masuk ke beranda/bilik tak perlu air freshener.

Pembiakan secara ubi.